Walaupun ditentang oleh orang tempatan, British berjaya menjajah Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah. Namun, kejayaan ini tidak mematahkan semangat penduduk tempatan untuk terus menentang penjajahan. Secara perlahan orang tempatan bergerak membaiki diri sendiri dalam pendidikan dan ekonomi malalui persatuan negeri dan badan sosial yang ditubuhkan.
Penjajahan British pada tahun 1874 melalui Sir Andrew Clarke telah memperkenalkan sistem politik Barat dan memusnahkan sistem politik tradisional tempatan. British telah meletakkan seorang Residen yang mengambil alih pentadbiran negeri daripada pembesar tempatan. Para pembesar ini diberikan pencen dan tempat mereka digantikan oleh Pegawai British. Bagi orang tempatan perubahan ini mencabar sistem atau amalan tradisi meraka dan juga menjatuhkan maruah mereka. Hal ini telah membangkitkan kebencian penduduk tempatan terhadap British.
Sistem pendidikan Inggeris dan sekolah vernakular Melayu yang diperkenalkan pada akhir abad ke-19, telah melahirkan golongan intelek Melayu yang mampu berfikar tentang kemajuan bangsanya. Mereka menyedari perlunya sumbangan tenaga dan fikiran mereka untuk menyedarkan bangsa Melayu. Meraka telah menggunakan idea baru untuk memajukan diri dan menolak penjajahan British.
Dasar British dalam mentadbir Tanah Melayu telah menggalakkan sesiapa sahaja datang untuk melabur , berniaga, berdagang, bekerja dan menetap di Tanah Melayu. Dengan itu, ramai orang asing telah datang ke Tanah Melayu dan menetap di sini. Kemasukan orang asing yang berterusan telah meningkatkan jumlah imigran di Tanah Melayu dan menimbulkan persaingan kepada penduduk tempatan. Mereka menguasai ekonomi Tanah Melayu dalam bidnag perlombongan bijih timah, perladangan getah dan perniagaan. Orang Melayu pula kekal dengan pertanian padi yang tidak dimajukan oleh British.
British juga telah membuka bandar baru sebagai pusat pentadbirannya sedangkan orang Melayu tetap tinggal di kampung-kampung dengan segala kekurangan. Kemajuan ekonomi seperti perniagaan serta kewujudan prasarana contohnya elektrik, perkhimatan pos, telefon, sekolah, hospital dan lain-lain telah meningkatjan taraf hidup di bandar.
Keadaan ini menjarakkan lagi jurang taraf hidup antara orang tempatan di luar bandar dengan imigran dan penduduk lain di bandar. Ternyata, dasar British telah memundurkan lagi taraf hidup orang Melayu. Hal ini disedari oleh golongan intelek Melayu dan mereka menjadikannya isu gerakan nasionalisme Melayu.
Pendudukan Jepun juga menjadi pemangkin terhadap gerakan nasionalisme di Tanak Melayu. Pihak Jepun dengan konsep Kawasan Kemakmuran Asia telah menekankan kebebasan negara-negara Asia untuk menentukan kemajuan masing-masing dan meningkatkan persaudaraan di kalangan negara tersebut. Dengan konsep ini Jepun menggalakkan orang tempatan bekerjasama dengannya dan berjanji akam memerdekakan mereka. Bagaimanapun, kesengsaraan hidup akibat kakurangan makanan dan ubat-ubatan serta kekejaman pentadbiran Jepun, menyebabakan sebilangan besar penduduk Tanah Melayu membenci penjajahna sama ada oleh kuasa Barat atau Timur. Bagi mereka semua penjajahan tetap zalim dan menekan kehidupan orang tempatan. Lantaran semangat itu, apabila British memperkenelkan Malayan Union pada tahun 1946, tentangan orang melayu amat jelas. Mereka tidak mahu dijajah oleh sesiapapun.
Penguasaan Parti Komunis Malaya (PKM) selama 14 hari pada tahun 1945 juga telah membangkitkan semangat menentang panjajahan dan memulakan penyebaran ideologi komunis. Dalam tempoh itu, PKM telahmenguasai balai-balai polis dan memerintah dengan kejam. Meraka membunuh dan menangkap sesiapa sahaja yang dianggap sebagai penyokong Jepun. Gerakan ini telah mencetuskan konflik perkauman. Banyak orang Melayu terbunuh dan rumah mereka dibakar oleh anggota PKM. Serangan mereka telah dibalas oleh orang Melayu di Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Pahang.
Kemunculan mesin cetak telah memberikan kesan kepada penyebaran ilmu pengetahuan dan mendorong penentangan terhadap British. Perkara ini berlaku kerana melalui buku, akhbar, majalah, kitab agama dan lain-lain, idea menentang penjajah itu dapat disebarkan.
Gerakan Pan-Islamisme sedunia telah memberikan kesan kepada kesedaran semangat kebangsaain di Tanak Melayu. Gerakan Pan-Islamisme merupakan gerakan intelektual Islam seluruh dunia untuk membangkitkan pemahaman yang lebih progresif terhadap Islam untuk menentang penjajahan Barat ke atas negara-negara Islam. Gerakan ini didokong oleh pelajar Islam dari seluruh dunia. Gerakan reformasi Islam yang dimulakan oleh Syeikh Muhammad Abduh, pensyarah di Universiti al-Azhar, Mesir,telah tersebar luas. Dalam tulisannya, beliau telah memberikan kupasan bahawa Islam adalah cara hidup yang menekan kepentingan dunia dan akhirat di samping mendorong umatnya menuju kejayaan. Tulisan Syeikh Muhammad Abduh ini disebarkan dalam majalah al-manar. Selain itu gerakan Wahabi yang berlaku di Arab Saudi juga mendesak matlamat yang sama. Kesedaran politik yang berlaku di sekitar Asia Tenggara terutama di Indonesia turut mendorong kebangkitan nasionalisme di Tanah Melayu. Indonesia yang amat rapat dengan Tanah Melayu dari segi geografi dan budaya telah mempengaruhi gerakan nasionalisme di Tanah Melayu.
Kesedaran politik dan pendidikan Imdonesia yang lebih matang telah melahirkan ramai golongan intelektual. Antaranya ada yang menjadi penulis besar dan karya mereka telah menjadi bacaan masyarakat di Tanah Melayu, terutamanya yang berpendidikan vernakular Melayu. Idea kebebasan politik dan penentangan terhadap penjajahan dalam tulisan mereka yang terseber luas di sini dapat dihayati oleh masyarakat tempatan. Kemasukan orang Indonesia ke Tanah Melayu memudahkan unsur kegiatan nasionalisme Indonesia di Tanah Melayu.