Dalam filem 2012...korang mesti nampak kapal terbang ni. Dalam film 2012 diorang tukar nama kapal terbang kargo buatan Russia (kini Ukraine) ini kepada AN-500. First of all AN-500 tidak wujud. Yang wujud hanya AN-225 Mriya (Dream) dan AN-124 (design yang sama cuma 4 enjin ,lebih pendek dan tiada twin tail ruddders) . Kalau korang pernah pergi LIMA , korang boleh nampak AN-124 landing di Langkawi. Russian Federation guna AN-124 untuk diorang punya long haul cargo needs . By the way back to AN-225. AN-225 ialah kapal terbang terbesar didunia. Lebih besar lagi dari Airbus A380. Tujuan asal ianya dibina ialah untuk mengangkut Space Shuttle program angkasa Soviet. Program Shuttle atau Buran terhenti kerana kejatuhan kerajaan Soviet. Akibatnya program pembinaan AN-225 juga terkandas. Ianya hanya kembali beroperasi di awal 2000 apabila ada permintaan untuk mengangkat kargo super heavy dengan cepat.
Masa Samoa dilanda taufan tempoh, hari sebuah AN-225 mengangkut 8 generator electrik pengganti sekaligus bagi membaiki generator elektrik yang rosak disana. Rekod angkutan maksimum AN-225 ialah 189 000 tan. Imagine that!
These days kapal terbang buatan Russia ini juga digunakan bagi mengangkat kenderaan perisai tentera berikat ke Iraq dan Afghanistan. Agak ironi kerana ianya dibina oleh Soviet dan kini menolong Amerika Syarikat menjadi imperialis!
Now for some fun facts!
- Tail section AN-225 berkembar kerana bila ada Buran pada atas pesawat kemudi konvensional tidak dapat berfungsi dengan baik. Even 747 special edition yang NASA gunakan untuk mengangkut Space Shuttlenya ada twin tail section yang sama.
- Bonjolan pada bahagian dorsal Mriya ialah hard point dimana kargo boleh diletakkan diluar
- Tidak seperti AN-124 and the fictional AN-500 in 2012, AN-225 tidak ada rear loading door. Ia cuma ada nose cone door sahaja.
- Didalam dunia hanya ada satu sahaja AN-225.
- AN-225 bukan pesawat paling banyak enjin didunia. Rekod ini dipegang oleh Hughes H-4 dengan 8 enjin!
- Sayap AN-225 adalah lebih panjang dari jarak penerbangan pertama Wright Brothers
- Untuk menerbangkan AN-225 kamu perlukan 2 pilot,seorang flight engineer dan seorang navigator. Pesawat ini tidak dilengkawi avionics moden. So dalam filem 2012 tu penipu tahap siku!
No comments:
Post a Comment