Pages

3/16/11

Politik Malaysia tidak sama negara Asia Barat

Datuk Seri Najib Razak ( TWEETER ) menegaskan politik Malaysia tidak mungkin bergolak seperti beberapa negara di Asia Barat kerana negara ini bukan diperintah kerajaan kuku besi, sebaliknya mengamalkan demokrasi sejak sekian lama. 

Perdana Menteri berkata, kerajaan mempunyai tanggungjawab menggalas amanah rakyat untuk memimpin negara agar dapat memenuhi keperluan mereka terutama dalam membantu meringankan beban kos sara hidup, perumahan, pendidikan dan pengangkutan.
"Ada orang kata Malaysia nak dijadikan sebagai medan pertarungan yang hebat seperti di negara Asia Barat yang bergolak ketika ini.
"Saya ingin menjawab, jangan sama sekali menyamakan Malaysia dengan negara itu kerana Malaysia sudah lama mengamalkan demokrasi dan rakyat berhak memilih kerajaan," katanya ketika melancarkan Nadi Kasih, program membaiki rumah uzur milik rakyat termiskin peringkat kebangsaan, di sini, semalam. 

Hadir sama, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar. 

Najib berkata, bukti kerajaan negara ini sehingga kini diterima rakyat ialah apabila majoriti diperoleh Barisan Nasional pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di Melaka dan Kerdau di Pahang, baru-baru ini, melonjak. 

Mengenai Nadi Kasih, Najib berkata, sebanyak 10,000 unit rumah dibaik pulih di seluruh negara yang dilaksanakan menerusi dua fasa membabitkan 100 kawasan Parlimen. 
Program itu dilaksanakan 1Malaysia Development Berhad membabitkan perbelanjaan RM50 juta. 

Najib diiringi Noh kemudian ke rumah Tang Seng Hai dan Kamaruddin Bakar di Bagan Pasir serta M Naiyagan di Sungai Yu untuk menyudahkan kerja membaiki rumah mereka yang usang.

No comments:

Post a Comment