JAGUH perseorangan negara, Lee Chong Wei menegaskan dia tidak bimbang walaupun sentuhannya tampak berkarat dan tidak begitu tajam ketika melepasi halangan pusingan pertama Kejohanan Dunia di Arena Wembley, semalam.
Pilihan pertama itu memulakan misi memburu kejuaraan pertama dalam penampilan keenam di pentas berprestij itu dengan langkah kanan apabila menyingkirkan lawan dari Thailand, Tanongsak Saensomboonsuk 21-15, 21-17.“Walaupun lawan mengasak dan saya sering melakukan kesilapan, ia tidak begitu membimbangkan. Saya menjadikan perlawanan ini untuk menyesuaikan diri dengan keadaan dan persekitaran gelanggang,” katanya sejurus perlawanan.
Chong Wei yang beraksi dalam kejohanan kompetitif pertama selepas hampir sebulan dan baru pulih daripada kecederaan belakang, berehat hari ini sebelum kemungkinan menentang pemain Indonesia, Dionysius Hayom Rumbaka pada pusingan kedua esok.
“Walaupun saya pernah menundukkan pemain Indonesia itu dalam empat pertemuan sebelum ini, saya tetap perlu berhati-hati dan tidak memandang mudah cabaran lawan,” katanya.
Sementara itu, jurulatih Tey Seu Bock turut tidak bimbang dengan persembahan kurang meyakinkan anak didiknya kerana menyifatkan Chong Wei dalam proses menyesuaikan diri dengan gelanggang pertandingan.
“Apa yang penting, dia tahu bagaimana mengawal perlawanan dan bertindak dalam situasi genting. Ini yang penting dan saya yakin persembahannya akan meningkat pada pusingan kedua nanti,” katanya.

No comments:
Post a Comment