Pagi ini bangun tidur aku terus mandi. Selepas itu terus ambek sarapan semua. Macam kebiasaan aku terus menuju laptop ku. Hari ini terdetik untuk membaca berita. Antaranya METRO, NST dan juga Berita Harian. Sedang aku baca dan baca aku terbaca satu artikel ni. Fulamak nasib baik Mr Bean tak mapus. Dahla dia pelakon yang aku minat. Nasib baik. Panjang umur MR BEANS.
NASIB BAIK... Rowan sempat menyelamatkan diri sebelum keretanya terbabas dan terbakar. Sayang kereta ini. Dahlah mahal. Nasib Baik bukan Lamborghini Gallardo.
ROWAN Atkinson minat kereta berkelajuan tinggi.
Aktor Rowan Atkinson nyaris maut malam tadi apabila kereta mewah yang sedang dipandu laju, terbabas.
Kereta mcLaren F1 yang berharga 650,000 pound (RM3.2juta) berpusing beberapa kali, merempuh sebuah pokok dan tanda jalan sebelum terbabas ke jalan yang bertentangan dan terbakar.
Bintang Mr Bean yang berusia 56 tahun berjaya keluar dari keretanya dan dibantu oleh pengguna jalan raya yang ada di situ ketika kejadian sehingga bantuan kecemasan tiba di jalan raya A605 di Haddon, dekat Peterborough, Cambridgeshire kira-kira jam 7.30 malam.
Anggota bomba mengawal kebakaran dan pasukan ambulans pula membawanya ke hospital dekat Peterborough. Keadaannya dikatakan beransur pulih.
Ini bukan kali pertama bintang Blackadder itu terlibat dalam kemalangan jalan raya yang melibatkan kereta mewah yang boleh mencecah kelajuan 0-60bsj dalam masa tiga saat.
Kereta itu dibeli setelah filem Mr Bean berjaya di pawagam. Pada tahun 1999, setahun selepas itu, dia terlibat dalam perlanggaran dengan sebuah Rover Metro di Lancashire.
Rowan memang meminati kereta laju dan telah menulis beberapa artikel untuk sebuah majalah khas tentang kereta.
Dia suka bertukar kereta dan memiliki sebuah Aston Martin Virage berharga 125,000 pound (RM613,319), Rolls-Royce vintaj dan Morris Traveller yang biasa dipandu di sekitar kampung Oxfordshire berdekatan dengan rumahnya yang berharga 1 juta pound (RM5 juta).
Jurucakap Perkhidmatan Ambulans England Timur mengesahkan kemalangan semalam.
Katanya, “Seorang lelaki telah dihantar ke hospital selepas kereta yang dinaiki terbabas. Dia mengalami kecederaan ringan.”
msti org yg ban2 dier ingat die buat lwk jer... lol
ReplyDeletelol...sampai mcm tu sekali...x patut la..
ReplyDelete