Silvio Berlusconi dan Karima El Mahroug (kiri).
Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi yang dibayangi skandal seks kelmarin mengisytiharkan beliau tidak berupaya meniduri 33 wanita dalam masa 60 hari seperti didakwa pihak tertentu.
Jutawan Itali berusia 74 tahun itu dipetik akhbar The Sun sebagai berkata: “Walaupun saya agak nakal, 33 gadis dalam tempoh dua bulan terlalu ramai, walaupun untuk seseorang berusia 30 tahun.”
Beliau membuat ulasan itu beberapa minggu sebelum berdepan perbicaraan di Milan berhubung parti Bunga Bunga yang dikatakan di bawah anjurannya dan membabitkan seks.
Pendakwa raya menuduh pemimpin itu melakukan seks bawah umur apabila memberi bayaran kepada seorang penari gelek digelar ‘Ruby the Heart-stealer’.
Penari itu atau nama sebenarnya Karima El Mahroug dari Maghribi berusia 16 tahun ketika kejadian, di bawah usia dibenarkan untuk menjadi pelacur.
Dalam temuramah akhbar itu, Berluconi yang sudah diceraikan isterinya, mengakui memberi wang dan hadiah kepada jelitawan yang dijemputnya atas alasan beliau pemurah sambil mengatakan: “Saya seperti badan kebajikan.”
Satu daripada pemindahan wang menerusi akaun bank didapati untuk ibu bapa gadis itu yang disifatkan Berlusconi sebagai amat memerlukannya.
Tetapi, pendakwa raya pula mendakwa bahawa ‘tarian separuh bogel dan lucah’ dalam partinya adalah permulaan untuk menjalin hubungan seks selepas itu.
Namun, pemimpin Itali sekali menjelaskan: “Ia adalah majlis makan malam bebas dan elegan.”
Berlusconi tidak seperti sebelumnya mengakui mempunyai teman wanita yang sentiasa di sisinya.

No comments:
Post a Comment