Pages

3/18/11

Ibu tunggal warga Singapura dihukum gantung edar dadah

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang ibu tunggal warga Singapura kerana didapati bersalah mengedar dadah di terminal penerbangan tambang murah di Sepang dua tahun lalu. 

Hakim Noor Azian Shaari menjatuhkan hukuman itu terhadap Noor Atiqah M Lasim, 27, setelah pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah berhubung pertuduhan mengedar 342.1 gram heroin dan 30.3 gram monosetil morfin pada 5 Januari 2009.

Noor Azian, semasa membacakan keputusannya, berkata bahawa semasa perbicaraan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh yang merupakan seorang pembantu peguam di republik itu.
Menurut hakim, pembelaan tertuduh bahawa beg berisi dadah itu milik orang lain adalah tidak munasabah dan tidak boleh dipercayai. 

Noor Atiqah yang mempunyai anak perempuan berusia enam tahun, diwakili peguam Mohaji Selamat manakala pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Zuraida Wan Nawan. 

No comments:

Post a Comment