SEJURUS selepas menumbangkan musuh tradisi, Lin Dan dalam final kejuaraan Seluruh England, Lee Chong Wei sudah mula menunjukkan sifat ghairah.
“Saya mahu memburu gelaran kejuaraan dunia pula di Wembley, Ogos ini,” katanya yang akhirnya berjaya menewaskan lawan liat itu di ‘pentas besar badminton’ selepas menggigit jari di final Sukan Olimpik 2008 dan Sukan Asia 2010.
Ia harus ditakrif persembahan terbaik daripada pemain nombor satu dunia itu yang menggunakan strategi baik ala menyerang menewaskan juara dunia dan Olimpik itu dalam perlawanan akhir edisi ke-101 yang rancak di Arena Tertutup Birmingham, awal pagi, semalam.
“Ia saat paling manis bagi saya,” kata Chong Wei. “Saya main dengan fikiran untuk bertindak secara selamat dan mahu cari mata saja.”
Jaguh negara juga berkata menerima panggilan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas perlawanan untuk mengucapkan tahniah. “Dia kata kepada saya, bagus,” kata Chong Wei.
Dalam final itu pemain berusia 28 tahun dari Pulau Pinang itu menewaskan Lin Dan 21-17 21-17 untuk gah mempertahankan mahkota kejuaraan buat kali kedua berturut-turut.

No comments:
Post a Comment