Pages

3/15/11

Hukuman Mati....


Beberapa negeri di Amerika Syarikat terpaksa mengangguhkan hukuman mati di penjara mereka tahun ini akibat kehabisan bekalan natrium thiopental. Di Amerika hukuman mati dijalankan menggunakan suntikan maut. 3 bahan kimia iaitu natrium thiopental, pancuronium bromida dan kalium klorida digunakan dalam cocktail of death yang disuntik kedalam tubuh pesalah. Natrium thiopental ialah ubat pelali yang digunakan untuk menidurkan pesalah. Pancuronium bromida pula digunakan bagi melumpuhkan otot dan pernafasan manakala kalium klorida menghentikan degupan jantung. Bekalan natrium theopenyal hanya akan dapat dipenuhi semula awal 2011.


Stok narium thiopental habis kerana syarikat yang mengeluarkannya mengalami masalah memenuhi permintaan pelangan mereka. Selain digunakan bagi hukuman bunuh, natrirum thiopental juga digunakan di hospital sebagai ubat pelali! In fact di Ohio dan Washington hukuman suntikan maut dilakukan dengan memberi dosej overdose natrium thiopental sahaja kepada pesalah (not the cocktail of death i mentioned earlier) . How fucked up is that? Kalau tersalah dosej di hospital boleh mati jugak. Haha

Walaupun stok baru natrium thiopental dah habis, ia masih tidak dapat menyelamatkan nyawaGregory Wilson. 16 September ini,Gregeory Wilson akan menjadi orang teraahir dikenakan hukuman mati di Amerika tahun ni kerana penjara Kentucky masih mempunyai bekalan natrium thiopental yang cukup untuk SATU LAGI hukuman mati. Well what luck eh? Gregory Wilson telah berada di death row selama 22 tahun menanti hukuman dijatuhkan.

Only in America eh? Dekat Malaysia pun last year hukuman gantung dihentikan kejap kerana orang yang membuat tali gantung (tali jut dan kulit) mengalami masalah buat tali gantung baru. Tak silap aku lah tali gantung perlu diganti setelah digunakan 10 kali or something like that.

No comments:

Post a Comment