Rakyat Malaysia tidak perlu bimbang mengenai keupayaan kerajaan Jepun menangani bencana yang berlaku kerana mereka sememangnya sudah bersiap sedia menghadapinya dan semua langkah berjaga-jaga serta persediaan seperti pusat penempatan sementara atau operasi pemindahan sudah cukup mantap.
Duta Besar Malaysia ke Jepun, Datuk Shaharuddin Md Som, berkata pihak kedutaan sudah menghantar dua pasukan peninjau ke empat kawasan yang teruk mengalami gempa bumi dan dilanda tsunami iaitu Iwate, Miyagi, Fukushima dan Ibaraki di timur laut Jepun, bagi menentukan tindakan susulan memindahkan rakyat Malaysia ke kawasan lebih selamat.
Katanya, berdasarkan senarai berdaftar dengan pihak kedutaan terdapat 253 rakyat Malaysia di kawasan bencana, iaitu 39 orang di Fukushima, Iwate (29), Miyagi (60), Ibaraki (125) dan Tochigi (89).
“Kalau boleh, kita mahu bawa mereka ke Tokyo supaya senang bagi kita membantu, malah kita masih berhubungan dengan beberapa wakil pelajar yang memberikan perkembangan terkini mengenai kedudukan di sana.
“Saya rasa kita tidak perlu bimbang kerana persiapan di Jepun terutama pada peringkat pihak berkuasa tempatan, sentiasa berada pada tahap tertinggi bagi menghadapi musibah,” katanya ketika ditemui semalam.
Shaharuddin berkata, bagi keluarga di Malaysia yang masih gagal menghubungi saudara mara di sini, beliau syorkan mereka cuba menggunakan internet atau facebook kerana walaupun semua sistem perhubungan lain tergendala, kedua-dua kaedah ini masih boleh berfungsi dengan baik.
Katanya, ramai sudah menghubungi kedutaan, baik dari Malaysia atau rakyat Malaysia di Jepun, bagi maklumkan mengenai kedudukan mereka selamat tetapi sistem komunikasi lain adalah terhad, termasuk laluan darat yang masih lagi terputus.
Di Kuala Lumpur: Jurucakap Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo ketika dihubungi pula berkata, pasukan peninjau mendapati rakyat Malaysia yang mendapatkan perlindungan berada dalam keadaan selesa dengan kemudahan lengkap disediakan, termasuk dari segi bekalan makanan, minuman dan perubatan.
“Mereka (rakyat Malaysia) rata-rata memilih berlindung di pusat pemindahan sementara yang terdekat dengan tempat tinggal masing-masing dan setakat ini, belum ada yang meminta untuk ditempatkan di kedutaan.
“Setakat ini, keadaan di sini amat terkawal dan tiada panik tercetus, malah orang ramai masih menjalankan aktiviti seperti biasa, kerana kerajaan Jepun amat menitikberatkan tahap keselamatan yang tertinggi.
“Bagaimanapun, pihak kedutaan bersedia untuk sebarang langkah evakuasi sekiranya perlu berdasarkan keadaan dan arahan daripada Wisma Putra serta kerajaan Jepun,” katanya.
Duta Besar Malaysia ke Jepun, Datuk Shaharuddin Md Som, berkata pihak kedutaan sudah menghantar dua pasukan peninjau ke empat kawasan yang teruk mengalami gempa bumi dan dilanda tsunami iaitu Iwate, Miyagi, Fukushima dan Ibaraki di timur laut Jepun, bagi menentukan tindakan susulan memindahkan rakyat Malaysia ke kawasan lebih selamat.
“Saya rasa kita tidak perlu bimbang kerana persiapan di Jepun terutama pada peringkat pihak berkuasa tempatan, sentiasa berada pada tahap tertinggi bagi menghadapi musibah,” katanya ketika ditemui semalam.
Shaharuddin berkata, bagi keluarga di Malaysia yang masih gagal menghubungi saudara mara di sini, beliau syorkan mereka cuba menggunakan internet atau facebook kerana walaupun semua sistem perhubungan lain tergendala, kedua-dua kaedah ini masih boleh berfungsi dengan baik.
Katanya, ramai sudah menghubungi kedutaan, baik dari Malaysia atau rakyat Malaysia di Jepun, bagi maklumkan mengenai kedudukan mereka selamat tetapi sistem komunikasi lain adalah terhad, termasuk laluan darat yang masih lagi terputus.
Di Kuala Lumpur: Jurucakap Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo ketika dihubungi pula berkata, pasukan peninjau mendapati rakyat Malaysia yang mendapatkan perlindungan berada dalam keadaan selesa dengan kemudahan lengkap disediakan, termasuk dari segi bekalan makanan, minuman dan perubatan.
“Mereka (rakyat Malaysia) rata-rata memilih berlindung di pusat pemindahan sementara yang terdekat dengan tempat tinggal masing-masing dan setakat ini, belum ada yang meminta untuk ditempatkan di kedutaan.
“Setakat ini, keadaan di sini amat terkawal dan tiada panik tercetus, malah orang ramai masih menjalankan aktiviti seperti biasa, kerana kerajaan Jepun amat menitikberatkan tahap keselamatan yang tertinggi.
“Bagaimanapun, pihak kedutaan bersedia untuk sebarang langkah evakuasi sekiranya perlu berdasarkan keadaan dan arahan daripada Wisma Putra serta kerajaan Jepun,” katanya.
No comments:
Post a Comment