Pages

3/13/11

AYUH.....MUSNAHKAN H1N1...!!!!

Pengetahuan dan kesedaran rakyat Malaysia mengenai wabak berbahaya seperti Influenza A (H1N1) dan Adenovirus masih rendah menyebabkan penyakit berkenaan menular dengan cepat. 

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata walaupun banyak kempen kesedaran membendung penyakit berbahaya dilakukan Kementerian Kesihatan, ia sering diambil mudah oleh masyarakat.

“Pengetahuan dan kesedaran orang ramai, termasuk golongan berisiko tinggi masih rendah. Sepatutnya setiap anggota masyarakat memahami tanggungjawab masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen Cegah Aedes anjuran Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics, di sini semalam.
Tahun ini saja, tiga kes kematian akibat jangkitan H1N1 disahkan termasuk seorang pelajar berusia 16 tahun di Kajang meninggal dunia, 24 Februari lalu, manakala Selasa lalu seorang pelatih Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini maut akibat Adenovirus dan 720 orang dikuarantin sebagai langkah berjaga-jaga. 

Sehubungan itu, Lee menggesa Kementerian Kesihatan lebih agresif memberi kesedaran dan mengedarkan bahan bacaan mengenai ancaman virus berbahaya sebelum lebih ramai menjadi mangsa, selain memastikan bekalan vaksin H1N1 mencukupi supaya golongan berisiko tinggi mendapat perlindungan sewajarnya. 

“Orang ramai tidak boleh anggap masalah kesihatan isu remeh. Kita perlu sentiasa menjaga kebersihan kerana virus mudah tersebar jika persekitaran kotor,” katanya. 

No comments:

Post a Comment