PERTEMBUNGAN ‘final impian’ antara dua seteru utama - Lee Chong Wei dan Lin Dan - menjadi kenyataan apabila masing-masing melepasi halangan separuh akhir kejohanan badminton Seluruh England di Arena Tertutup Birmingham, malam tadi.
Pertemuan kedua-dua seteru itu mengulangi pertembungan final 2009 yang menyaksikan Lin Dan unggul untuk memenangi mahkota kejuaraan kejohanan tertua itu buat kali keempat selepas 2004, 2006 dan 2007.
Kedua-dua pemain itu pasti mempunyai alasan tersendiri untuk keluar sebagai pemenang dan sudah tentu saingan berlangsung sengit dan menarik dengan rekod kemenangan memihak Lin Dan yang merakam 17 kemenangan daripada 22 pertemuan.
Chong Wei pasti turun dengan tekad untuk mempertahankan kejuaraan, selain menebus kekecewaan tewas di tangan pemain kidal itu di final kejohanan paling bernilai Terbuka Korea, Januari lalu.
Sementara itu, pasangan emas negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong menentang pasangan China, Cai Yun-Fu Haifeng untuk merebut tiket ke final yang berlangsung awal pagi tadi.
No comments:
Post a Comment