Pages

8/16/11

Warnai Kamar anda

Hari ini aku nak share dengan korang benda yang memang cantik la..
Benda ini untuk menghiasi kamar tidur anda dimana decoration" ini boleh didapati di pasaran..
Nah..cucilah mata kamu semua dengan pelekat dinding yang sangat cantik sekali ini..





8/15/11

Suatu Hari

HAI..
Selamat Beristirehat kepada semua..
Hari ini aku cam nak x nak sajer tulis post ini..Oleh kerna nak juga ku tulis juga lah post kali ini...yang pasti pendek jer..
TERUS BACA KERNA ENTRI KALI INI LEBIH MENARIK DARIPADA YANG BIASA..
hehehehehehe....


Semalam aku pergi ke JUSCO setiawangsa.
mesti semua tau kan camne JUSCO yang ada taman dan yang memang cantiklah daripada yang lain.
x cayer kew...

nah cube tgk..


puas...pergi lah tgk..memang cantik lebih2 lagi waktu malam...
memang  KAWW!!

dah la..kalo nak tau lagi pegi jer JUSCO setiawangsa..

Walaupon menarik tapi tetap susah hati juga kerna........FULLSTOP...wkwkwkkwk

8/14/11

Arti Sahabat Dan Keagungan Cinta

hai pembaca" dan blogger" sekalian.
Apa khabar ya?
diharapkan baik" sahaja di bulan puasa ini...
Kali ini aku ingin share korang tentang kehidupan empunyer blog.
Pertama sekali akulah orang SARAWAK dan bangga dilahirkan disana.
Kamek orang dari keluarga susah macam pepatah nie kate "kais pagi makan pagi, kais petang makan malam"
wkwkwkwkwk

Dipendekkan cerita sekarang aku dah besar.
dah 19 tahun dah.

Inilah kawan dunia dan akhirat aku yang telah membimbing aku. Terima kasih kepada Mcdowell Banta.
p/s: kalo xder dia nie xtau la apa yg aku dapat skarang ini mungkin x tercapai..
My friend.
kami berpisah semasa di Tingkatan 4... dia bersekolah di SINI dan saya bersekolah di SITU..
Dan kami terpisah lagi kerana 28 ogos ini budak ni pergi ke POLAND dan saya tetap stay di MALAYSIA...
Kami ambik bidang yang berbeza.
dia kedoktoran dan saya kejuruteraan

8/9/11

Tolong Kami Bantu Kami

Dalam dunia ini memang sukar untuk mendapatkan sesuatu...btol x? Aku pon sama. Hanya orang yang ada duit dan kaya sahaja yang mampu merealisasikan apa yang mereka mahukan. Ya..hidup memang sukar dan bukan senang seperti yang kita selalu gambarkan. Yang penting kita terus mara ke hadapan melewati rintangan yang penuh onak dan duri itu..Jiwangkan ayat aku. Jadi sesama la kita menolong antara satu sama yang lain. 
Langkah pertama kamu haruslah mengklik link yang ada dibawah itu. Satu klik ini amat bermakna kepada sesiapa yang amat memerlukannya,

Ini linknya..HERE.

Langkah seterusnya kamu bisa(boleh) mengklik link2 yang berikutnya. Ingat satu klikan ini sangat membawa perubahan besar dalam hidup org yang memerlukannya..
aku berterima kasih kepada2 yang telah mengklik link2 tersebut...terima kasih

Chong Wei tidak bimbang

pix_gal0
Sentuhan tampak karat ketika buka gelanggang benam Saensomboonsuk

JAGUH perseorangan negara, Lee Chong Wei menegaskan dia tidak bimbang walaupun sentuhannya tampak berkarat dan tidak begitu tajam ketika melepasi halangan pusingan pertama Kejohanan Dunia di Arena Wembley, semalam. 

Air terjun tercantik di dunia

Aku suka berjalan-jalan menikmati keindahan alam semester di muka bumi ini. Namun masalahnya aku tidak mempunyai wang kerna aku seorang pelajar lepasan matrukulasi jer. Aku belum pon merasakan kehidupan di Universiti2 yang terdapat di Malaysia. Ok kite teruskan ke isu yang sebenar. Panjangnya Admin laskar pelangi blog ni merepek..
Kali Ini Admin ingin share kan post kali ini dengan iar terjum yang tercantik, terbest dan memang KAW la...Ade banyak gambar..Korang layan la ya...

Angel Falls, Venezuela



15 jalan raya tercantik di dunia


Kalau lah Malaysia ada jalan raya macam ini kan best. Boleh lah sedut udara segar, bercuti-cuti, kurangkan global warming. Korang tau tak Malaysia negara Ke-3 pelepasan carbon dioxide (co2) terbanyak di dunia.. Nah bersihkan nama negara Malaysia yang terindah ini dan negara teraman di asia selain Brunai Darussalam.. Maju Malaysia...

15. The Overseas Florida Highway - Florida Keys


8/6/11

Tutorial tukar template blog

Menukar template blog dapat mengubah rupa blog asal kepada paparan yang lebih menarik.
Adalah biasa bagi seseorang pemilik blog inginkan blognya tampil menarik berbanding template asal.
cara tukar template blog


Bagaimana Letak Kod HTML/javascript

Apabila memasuki dunia blogging, antara perkara yang tidak dapat dielakkan adalah untuk menghias blog sendiri. Terdapat beberapa cara untuk menghias blog samada menukar template, memasang widget yang telah disediakan oleh blogger.com ataupun meletakkan sumber² lain dari luar yang biasanya melibatkan kod html/javascript.
Selain untuk menghias blog, kod html/javascript juga mempunyai fungsi² lain bergantung kepada tujuan apa kod itu dihasilkan.

Bagaimana Letak Kod HTML pada blog


Penambahan yang ingin dilakukan biasanya akan melalui perkara yang sama iaitu kod yang diperolehi perlu di 'paste'kan di ruangan html/javascrip.

Tutorial ini akan menunjukkan bagaimana hendak meletakkan kod html/javascript bagi sesebuah blog.


1) Login ke dalam blog anda seperti biasa. Kemudian dari 'dashboard', klik 'Design'
UPDATE: untuk template terbaru, klik pada DESIGN
Bagaimana Letak Kod HTML pada blog



Mr. Bean Nyaris Maut


Pagi ini bangun tidur aku terus mandi. Selepas itu terus ambek sarapan semua. Macam kebiasaan aku terus menuju laptop ku. Hari ini terdetik untuk membaca berita. Antaranya METRO, NST dan juga Berita Harian. Sedang aku baca dan baca aku terbaca satu artikel ni. Fulamak nasib baik Mr Bean tak mapus. Dahla dia pelakon yang aku minat. Nasib baik. Panjang umur MR BEANS.
NASIB BAIK... Rowan sempat menyelamatkan diri sebelum keretanya terbabas dan terbakar.
NASIB BAIK... Rowan sempat menyelamatkan diri sebelum keretanya terbabas dan terbakar. Sayang kereta ini. Dahlah mahal. Nasib Baik bukan Lamborghini Gallardo.
ROWAN Atkinson minat kereta berkelajuan tinggi.
ROWAN Atkinson minat kereta berkelajuan tinggi.

Selamat Menyambut Kemerdekaan Ke-54

Jalur Gemilang
Setiap tahun Negara kita, Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan pada setiap 31hb ogos. Namun pada tahun ini Sambutan Hari kemerdekaan ke 54 pada tahun 2011 akan ditunda ke tarikh 16hb September dimana ianya akan diadakan serentak dengan Hari Malaysia.
Menurut sumber dari Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Ianya adalah disebabkan tarikh kemerdekaan pada tahun ini jatuh pada penghujung Ramadan.
Lokasi sambutan hari Kemerdekaan ke 54 pada tahun ini belum lagi ditetapkan tetapi berkemungkinan akan diadakan di Dataran merdeka.

MEMPERINGATI DETIK SEJARAH KEMERDEKAAN MALAYSIA

Pilihan raya umum yang pertama ditandingkan pada tahun 1955. Parti-parti seperti PAS, Parti Negara di bawah pimpinan Dato' Onn bin Jaafar, Parti Buruh, Parti Progresif Perak, Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC dan sebagainya bertanding dalam pilihan raya umum tersebut.Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. 1 kerusi lagi dimenangi oleh PAS. Dengan kemenangan dalam pilihan raya, kabinet kerajaan telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri yang pertama.

Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai suatu rombongan ke London untuk membincangkan perkara-perkara mengenai kemerdekaan. Rundingan ini mengambil masa tiga minggu di London. Perjanjian London 1956 ditandatangani pada 8 Februari 1956 yang menyatakan persetujuan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sekembali ke Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Melaka.
Pada tahun 1956, suatu Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan. Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel atau lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Reid yang dipengerusi oleh Lord Reid dari Britian terdiri daripada pakar-pakar undang dari negara Komanwel. Laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid dipinda oleh Jawatankuasa Kerja dan diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan.

Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada tepat pukul 12 malam 31 Ogos 1957. Kemudian, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di Stadium Merdeka. Jemaah Menteri diumumkan juga pada hari pengisytiharan kemerdekaan.
Pengistiharan Kemerdekaan
Apabila tarikh Kemerdekaan telah ditentukan, Tunku telah mengarah Jabatan Kerja Raya untuk membina sebuah stadium terbuka yang akan dijadikan tempat pengistiharan Kemerdekaan. Tunku memilih sendiri lokasinya, di sebuah bukit yang rendah berdekatan Jalan Birch dan stadium itu dinamakan 'Stadium Merdeka'.
Stadium Merdeka 5.00 pagi, 31 Ogos 1957, hujan turun dengan lebatnya. Dato' Abdul Razak yang melawat Stadium pada pagi itu gelisah dengan takungan air di tengah-tengah padang di mana Askar Melayu akan mengadakan perbarisan kehormat. Dato' Razak adalah Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan dengan Tunku sendiri adalah Pengerusinya.
7.00 pagi, hujan mulai reda. Dato' Razak menalifon Tunku dan melaporkan keadaan di stadium. Beliau mencadangkan agar ketibaan Raja-raja Melayu, Duke serta isteri dan Pesuruhjaya Tinggi dilewatkan satu jam.




Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengulukan seruan Merdeka! pada 31 Ogos 1957. 
Stadium Merdeka
Bendera Malaysia buat pertama kali di naikkan pada 31 Ogos 1957
Allahyarham Mohamed Hamzah, pencipta bendera Malaysia yang kini dikenali sebagai Jalur Gemilang. Bendera Malaysia dicipta pada 1947.

8/5/11

10 Penyanyi Termahal Di Dunia – FORBES 2011

Kumpulan U2 yang berasal dari Dublin, Ireland menjadi kumpulan muzik yang termahal di dunia melalui laporan daripada Forbes.com untuk tahun 2011. Kumpulan U2 menerima bayaran sebanyak $195 million mengalahkan Bon Jovi yang menduduki tangga ke 2 senarai dengan bayaran $125 million. 2 lagi penyanyi yang menerima bayaran termahal ialah Elton John dan Lady Gaga. Ikui senarai penuh 10 penyanyi Holywood yang paling mahal di dunia untuk tahun 2011.

1. U2 ($195 million)


2. Bon Jovi ($125 million)

10 Kereta Paling Mahal di Dunia Tahun 2011


1. Bugatti Veyron Super Sport – 2.6 million dollars
Bugatti Veyron Super Sport reached, last year, a speed of 434 km/h on the market. The versions that will enter production will be equipped with a W16 engine and 1200 horse power, 199 more HP than the basic version. Also, the fuel consumption is 10% smaller than a Bugatti Veyron 16.4 Grand Sport.
2. Koenigsegg Agera – 1.5 million dollars
Agera means ” to do” in Swedish and it is also short from the Greek word “ageratos” that means “eternal, immortal, without age”. The body is made out of carbon fiber and aluminum, with the shape and concept of a CC Koenigsegg created 15 years ago. The car has a V8 910 horse power engine that can reach 100 km /h in less than 3 seconds. It’s wheels generates a movement that absorbs the hot breaks air and less than 20 units are built each year.

Tutorial buang linkwithin dalam frontpage blogspot








linkwithin
Widget LinkWithin sememangnya digemari oleh setiap blogger kerana ciri-ciri widget ini yang menampilkan related post bersama thumbnail lebih menarik perhatian pelawat blog. Di samping itu, penggunaan widget ini memang terbukti boleh meningkatkan pageview bagi sesebuah blog.
Untuk makluman, jika sesebuah blog itu meletak linkwithin dalam blog mereka, widget ini juga akan keluar pada muka hadapan blog. Keadaan ini boleh mengurangkan kekemasan blog anda. Jadi aku nak share kepada anda sebuah tutorial yang aku jumpa, bagaimana nak hilangkan widget linkwithin daripada muka hadapan blog.

Fakta Menarik Golongan Kidal | Kelebihan & Kekurangan

Golongan yang menulis dengan menggunakan tangan kiri ataupun dipanggil sebagai golongan kidal mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Ada sesetengah orang menganggap golongan ini sebagai pengotor kerana menggunakan tangan kiri dalam apa jua aktiviti harian seperti menulis, makan dengan sudu, pegang sesuatu seperti pisau dan sebagainya.
Sungguhpun begitu, golongan ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri seperti kebanyakan yang kidal lebih cenderung dikurniaan akal yang cerdik terutama dalam pelajaran seperti Matematik. berikut adalah beberapa fakta menarik tentang golongan kidal yang boleh anda jadikan panduan.

JPA Scholarship for Diploma/Degree Programmes 2011/ 2012



Organisation TypeGovernment Agencies
Fund TypeScholarship
Sponsored ByJabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
Masalah teknikal: 03­8885 3453, 03­8885 3541 atau 03­8885 3532. Talian­talian ini dibuka setiap hari dari jam 8:00 Pertanyaan: 03­8885 3049 (10 talian) pada setiap hari bekerja mulai jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang atau melalui e­mel di alamat
Laman web: http://esilav2.jpa.gov.my pidn2011@jpa.gov.my.
Detailed description
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT DIPLOMA DAN IZAJAH   SARJANA MUDA DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) DAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI   SWASTA (IPTS) DALAM NEGARA BAGI SESI 2011/ 2012.
1. Permohonan adalah dipelawa daripada pelajar yang telah mendapat surat tawaran untuk
   melanjutkan pengajian peringkat diploma atau ijazah sarjana muda mulai Sesi 2011/2012 di Institusi
   Pengajian Tinggi Awam dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (Universiti Teknologi Petronas, Universiti
   Tenaga Nasional dan Universiti Multimedia sahaja)
 untuk mendapatkan biasiswa tajaan Jabatan

   Perkhidmatan Awam (JPA) .
2. Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi atas talian (online application) secara percuma melalui
   http://esilav2.jpa.gov.my mulai 1 Ogos 2011 (lsnin).
3. Tarikh tutup permohonan adalah pada 7 Ogos 2011. (Ahad).
4. Calon yang telah mendapat tajaan di bawah mana­mana Program Penajaan JPA ke Institusi Pengajian
   TinggiTempatan tidak perlu memohon.
5. Maklumat lanjut mengenai syarat­syarat permohonan, bidang tajaan dan cara memohon boleh
   diperolehi dengan melayari portal http://esilav2.jpa.gov.my mulai tarikh iklan ini disiarkan.
6. Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan atas talian boleh dibuat
   dengan menghubungi talian 03­8885 3453, 03­8885 3541 atau 03­8885 3532. Talian­talian ini dibuka
   setiap hari dari jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang (Isnin ­Jumaat).
7. Pertanyaan mengenai program tajaan boleh dibuat dengan menghubung italian 03­8885 3049 (10
   talian) pada setiap hari bekerja mulai jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang atau melalui e­mel di alamat
   pidn2011@jpa.gov.my.
Deadline7 August 2011
Study Local or Abroad?local

8/4/11

Membuat Navigation Halaman Artikel

Hari ini saya nak berkongsi ilmu yang saya dapat di google. Kepada blogger2 yang baru boleh la cuba tutorial ini. Sangat lah simple dan senang sekali. Sebelum memulakan pastikan anda download dulu template sebelum mencuba tutorial ini. Selamat Mencuba


  1. Cara Memasang di Blog:
  2. Login ke Blogger Dashboard
  3. Pergi ke  Design(Layout) > Edit HTML 
  4. Jangan klik pada  Expand Widget Templates
  5. Cari ]]></b:skin> menggunakan ctrl+F. Copy and Paste coding dibawah diatas ]]></b:skin> tag