Pages

3/14/11

Antonov 225




       
Dalam filem 2012...korang mesti nampak kapal terbang ni. Dalam film 2012 diorang tukar nama kapal terbang kargo buatan Russia (kini Ukraine) ini kepada AN-500. First of all AN-500 tidak wujud. Yang wujud hanya AN-225 Mriya (Dream) dan AN-124 (design yang sama cuma 4 enjin ,lebih pendek dan tiada twin tail ruddders) . Kalau korang pernah pergi LIMA , korang boleh nampak AN-124 landing di LangkawiRussian Federation guna AN-124 untuk diorang punya long haul cargo needs . By the way back to AN-225. AN-225 ialah kapal terbang terbesar didunia. Lebih besar lagi dari Airbus A380. Tujuan asal ianya dibina ialah untuk mengangkut Space Shuttle program angkasa Soviet. Program Shuttle atau Buran terhenti kerana kejatuhan kerajaan Soviet. Akibatnya program pembinaan AN-225 juga terkandas. Ianya hanya kembali beroperasi di awal 2000 apabila ada permintaan untuk mengangkat kargo super heavy dengan cepat.

Masa Samoa dilanda taufan tempoh, hari sebuah AN-225 mengangkut 8 generator electrik pengganti sekaligus bagi membaiki generator elektrik yang rosak disana. Rekod angkutan maksimum AN-225 ialah 189 000 tan. Imagine that!

These days kapal terbang buatan Russia ini juga digunakan bagi mengangkat kenderaan perisai tentera berikat ke Iraq dan Afghanistan. Agak ironi kerana ianya dibina oleh Soviet dan kini menolong Amerika Syarikat menjadi imperialis!

Now for some fun facts!
  • Tail section AN-225 berkembar kerana bila ada Buran pada atas pesawat kemudi konvensional tidak dapat berfungsi dengan baik. Even 747 special edition yang NASA gunakan untuk mengangkut Space Shuttlenya ada twin tail section yang sama.
  • Bonjolan pada bahagian dorsal Mriya ialah hard point dimana kargo boleh diletakkan diluar
  • Tidak seperti AN-124 and the fictional AN-500 in 2012, AN-225 tidak ada rear loading door. Ia cuma ada nose cone door sahaja.
  • Didalam dunia hanya ada satu sahaja AN-225.
  • AN-225 bukan pesawat paling banyak enjin didunia. Rekod ini dipegang oleh Hughes H-4 dengan 8 enjin!
  • Sayap AN-225 adalah lebih panjang dari jarak penerbangan pertama Wright Brothers
  • Untuk menerbangkan AN-225 kamu perlukan 2 pilot,seorang flight engineer dan seorang navigator. Pesawat ini tidak dilengkawi avionics moden. So dalam filem 2012 tu penipu tahap siku!

pesawat enjin pop meletup.....

Korang tau antonov kan.... psawat terbesar didunia dengan 6 enjin. Ianya pesawat kargo yang dipaparkan didalam filem bullshit 2012. tetapi ni lagi dashyat...

Hari ni mari kita lihat pesawat Dornier Do 31, pesawat VTOL (terbang dan mendarat secara menegak) German dari zaman 60-an. Semasa zaman 60-an perang dingin semakin memuncak dengan pihak Barat dan Soviet sentiasa didalam keadaan bersiap sedia untuk perang nuklear. Menurut pakar ketenteraan jika berlaku perang nuklear sasaran awal yang bakal dimusnahkan ialah lapangan terbang. Dengan ketiadaan lapangan terbang tentera udara pihak musuh pasti dapat dilumpuhkan


Oleh sebab itu pesawat dengan kebolehan VTOL dimajukan dengan giat sekali. Selain Dornier Do31 pesawat lain yang dimajukan pada dekad ini ialah Harrier dan Yak 38. Beza Do 31 dengan 2 pesawat ini ialah Do 31 ialah sebuah pesawat kargo, bukan pejuang. Untuk membantu Do 31 terbang menegak ianya dilengkapi 10 enjin jet.

Dua darinya ialah enjin Rolls Royce Pegasus yang juga digunakan oleh pesawat Harrier. Seperti pada Harrier, enjin Pegasus Do 13 dilengkapi dengan sistem tujahan boleh laras (variable angle nozzle). Ketika terbang mendatar hanya 2 enjin pegasus akan dihidupkan. Ketika mendarat dan terbang mendatar barulah 8 lagi enjin kecil RB162-4D pada hujung sayap akan dihidupkan bagi memberi tujuhan menegak tambahan.


Dua prototaip Do 31 dibina bagi tujuan ujikaji prestasi kapabiliti pesawat. Pada tahun 1970 selapas 8 tahun projek dimulakan, program Do 31 ditamatkan. Sebab utamanya ialah prestasi pesawat yang kurang memberangsangkan disamping kos pembinaan yang mahal. Tambahan lagi di Jerman lebuh raya Autobahn telah dimajukan supaya boleh berfungsi sebagai lapangan terbang sementara diwaktu kecemasan. Pengubahsuaian Autobhan kepada lapangan terbang kecemasan tentera adalah lebih murah dari kos pembinaan Do 31! LOL

Walaupun ianya projek yang gagal aku still suka dengan Do 31. Ianya mungkin pesawat yang paling aneh didunia dengan jumlah enjin yang sungguh WTF. Kedua-dua protatip Do 31 masih wijud dan boleh dilihat di Museum Dornier di Friedrichshafen dan Deutsches Museum berhampiranMunich.

Lapangan Terbang Masa Depan

giler laaaaa,.....ini baru mantap nie...



cool...

Tengoklah kehebatan Mil Mi 26 Halo buatan Russia ini. Kapal terbang yang lagi besar pada dia pun dengan relax dia boleh angakut. Mi 26 ialah helikopter yang boleh mengankut beban paling berat didunia yang masih beroperasi. Mula dibina pada awal 70-an dan memulakan operasi pada tahun1980, Mi 26 ialah sebuah helikopter yang sangat bad ass. Selepas reaktor Chernobyl meledak diUkraine pada tahun 1986, helikopter ini digunakan bagi menerbangkan bahan insulasi kedalam reaktor yang kini terbuka dan melepaskan bahan radioaktif keudara. Pada tahun 1999 helikopter jenis ini juga digunakan bagi mengangkut bayi Mammoth yang ditemui beku di Siberia. Ini adalah kerana hanya Mi 26 mampu mengankat bongkah ais berisi Mammoth seberat 25 Tan tersebut! Pendek kata helikopter ini digunakan bagi operasi bahaya dan bad ass belaka! Salute!



Tsunami Jepun...


Selepas ada bencana alam aku gemar mencari gambar aftermathnya. Paling aku suka ialah gambar objek yang kini tersadai ditempat yang sepatutnya dia tak ada. Sebagai contoh selepasTsunami Acheh ada gambar sebuah kapal tersadai di tengah darat,. Sehingga hari ini kapal itu masih ditengah Banda Acheh sebagai peringatan peristiwa hitam hampir 7 tahun yang lalu

Dibawah ialah antara gambar menarik selepas tsunami yang aku jumpa. Semuanya menunjukkan pelbagai kenderaan dan objek yang tersadai di tempat yang tidak sepatutnya paska tsunami melanda.






Gambar lanjut KLIK DISINI

Chong Wei Juara........

 CHONG Wei  tewaskan Lin Dan 21-17, 21-17 dalam tempoh 51 minit.
BADI 'kerap tumbang kepada Lin Dan di pentas besar' berjaya ditamatkan jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei apabila gah mempertahankan mahkota kejuaraan berprestij Seluruh England, awal pagi tadi.
Dalam saingan yang diibaratkan ‘pertembungan final impian’ di Arena Tertutup Birmingham, Chong Wei yang turun selaku pilihan pertama membuktikan kehandalan dengan menundukkan musuh tradisinya itu 21-17, 21-17 dalam tempoh 51 minit.
Kejayaan itu jelas rangsangan dan tonik terbaik kepada Chong Wei selepas sebelum ini tumpas 15 daripada 22 pertemuan kepada pemain tembok besar China itu termasuk terbaru di final kejohanan paling bernilai Terbuka Korea, Januari lalu.

Ia juga menambah koleksi kejuaraan di kabinet pemain kelahiran Pulau Pinang itu musim ini sesudah muncul juara dalam kejohanan Siri Super Final di Taiwan dan Terbuka Malaysia, Januari lalu.

Lin Dan yang masih segar dengan kemenangan di Terbuka Jerman minggu lalu harus kecewa kerana impiannya untuk melakar sejarah menjadi pemain era baru pertama untuk memenangi kejohanan tertua itu lima kali berkecai.

Begitupun, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong membuatkan peminat marah dan kecewa apabila mensia-siakan peluang keemasan memenangi acara beregu lelaki apabila tumpas kepada pilihan pertama, Mathias Boe-Carsten Mogensen 15-21, 21-18, 21-18. 
Beregu emas menang 21-15 set pertama tapi gagal mengekalkan fokus sama dan tunduk dalam set kedua 18-21 untuk diheret ke set penentuan.

Pihak berkuasa bertungkus-lumus atasi kecairan loji nuklear


Foto
Jepun semalam terus bertungkus-lumus untuk mengelak kecairan di dua reaktor nuklearnya yang rosak akibat gempa bumi mega Jumaat lalu dengan anggaran kematian akibat tsunami yang menyusul di sepanjang pantai timur laut negara itu mencecah 10,000 orang.
Jika berlaku kecairan atau ‘meltdown’ di loji terbabit ia menjadi bencana ketiga berturut-turut selepas negara Matahari Terbit itu dilanda gempa bumi dan tsunami.
Agensi berita Kyodo melaporkan gagal menghubungi kira-kira 10,000 penduduk di pekan nelayan dan pelancongan, Minamisanriku, Miyagi, sejak kejadian itu.
Pegawai semalam bertungkus-lumus mengawal teras reaktor nuklear (nuclear core) di dua loji nuklear berkenaan daripada menjadi terlalu panas seterusnya menyebabkan kebocoran radiasi ke udara.

Sumber kerajaan berkata, bangunan reaktor kedua berada dalam risiko untuk meletup selepas letupan terjadi pada reaktor ketiga sehari sebelum ini.

Pihak berkuasa menetapkan kawasan larangan 20 kilometer di sekeliling loji nuklear Fukushima Daiichi milik Tokyo Electric Power (TEPCO) dan 10 kilometer di sekeliling sebuah lagi loji nuklear berhampiran.
Kira-kira 140,000 penduduk di kawasan terbabit sudah dipindahkan, manakala pihak berkuasa membuat persediaan mengedar iodin kepada mereka yang mungkin terdedah kepada radioaktif.

Kemalangan nuklear paling teruk sejak kejadian Chernobyl pada 1986 itu, mencetuskan kritikan bahawa pihak berkuasa gagal bersedia menghadapi gempa bumi mega dan ancaman yang bakal dihadapi industri tenaga nuklear negara.

Reaktor nombor 1 di Fukushima yang terletak 240 kilometer utara Tokyo dipercayai sudah mengalami kecairan pada sebahagian batang bahan bakarnya.

Berikutan itu, jurutera mengepam air laut untuk mengawal perkara sama berlaku pada reaktor nombor 3 dan kerajaan mengakui pihaknya bertindak lambat semalam.

“Tidak seperti reaktor nombor 1, kami mengalirkan dan memasukkan air pada peringkat awal ke reaktor nombor 3,” kata Ketua Setiausaha Kabinet, Yukio Edano pada sidang media.

TEPCO berkata, tahap radiasi di sekitar loji Fukushima Daiichi meningkat melebihi tahap selamat, tetapi tidak memberi ancaman terus kepada kesihatan manusia. Bekalan elektrik di kawasan yang dikendali TEPCO mungkin terganggu selama berminggu-minggu.

Pegawai rasmi Jepun berkata, ada kira-kira 190 orang dalam lingkungan 10 kilometer dari loji nuklear ketika tahap radiasi meningkat dan 22 orang disahkan menderita akibat pencemaran itu.

Angin yang bertiup di loji itu dari selatan turut menjejaskan penduduk di utara, kata pegawai di Agensi Kaji Cuaca Jepun.

Agensi Keselamatan Nuklear berkata, kemalangan di loji itu kurang serius berbanding insiden Three Mile Island, Pennsylvania di Amerika Syarikat pada 1979 dan Chernobyl di Ukraine (ketika itu sebahagian daripada Kesatuan Soviet) pada 1986. 

Pegawai rasmi berkata, agensi itu mengkategorikan insiden itu pada tahap empat menurut skala Peristiwa Nuklear dan Radiologi Antarabangsa (INES).
Kejadian Three Mile dikategorikan sebagai peringkat lima, manakala Chernobyl berada di skala tujuh.

Sementara itu, beribu-ribu mangsa menghabiskan malam sejuk hanya berbekalkan selimut di pusat perlindungan.

Di bandar yang dekat dengan pantai Rikuzentakata, lebih 1,000 orang berlindung di sekolah atas bukit mendengar radio yang menyiarkan berita terkini. Di dinding ditampal nama mangsa yang terselamat. Ada yang menangis sambil membaca senarai nama.

Sepanjang pantai timur laut negara itu, pekerja penyelamat mencari mangsa di kawasan timbunan runtuhan bangunan, bot kereta dan sampah di bandar Sendai yang terletak 300 kilometer timur laut Tokyo.

Kyodo berkata, kira-kira 300,000 orang sudah meninggalkan kawasan itu dan berlindung di pusat perlindungan sementara.

Dikatakan 5.5 juta penduduk putus bekalan elektrik, manakala 20,800 bangunan musnah. Empat kereta api turut musnah.

Loji nuklear ketiga Fukushima meletup

TOKYO: Satu letupan kuat merosakkan loji nuklear ketiga Fukushima, dengan asap tebal dan api menjulang di reaktor berkenaan, sebentar tadi. 

Jurucakap Ketua Kabinet Jepun, Yukio Edano, berkata maklumat yang diperoleh dari pegendali reaktor, TEPCO menyebut ia bagaimanapun tidak membawa kesan kebocoran radiasi yang besar.
Agensi Keselamatan Nuklear Jepun berkata, letupan itu di reaktor ketiga di Loji Nuklear 1 Fukushima dipercayai disebabkan tekanan hidrogen.
Letupan hidrogen juga berlaku di reaktor nombor satu di loji sama Sabtu lalu, sehari selepas berlaku gempa kuat dan tsunami di perairan timur laut negara itu. 

Pihak berkuasa sehingga kini sudah mengisytiharkan zon pemindahan di kawasan lingkungan 20 kilometer dari loji berkenaan dengan 210,000 orang sudah dikeluarkan.

2,000 mayat ditemui di zon gempa di Miyagi


TOKYO: Pasukan mencari dan menyelamat hari ini menemui 2,000 mayat mangsa gmpa bumi dan tsunami di Wilayah Miyagi, lapor stesen televisyen awam NHK yang dipetik medua, hari ini. 

Kira-kira 1,000 mayat ditemui di sepanjang pantai di Semenanjung Ojika, kata laporan itu memetik pegawai polis.
Baki 1,000 mayat ditemui di Bandar Minamisanriku yang teruk musnah dalam kejadian gempa pada Jumaat lalu.
Polis Jepun petang ini mengeluarkan jumlah rasmi korban akibat bencana itu setakat ini ialah 1,647 orang. 

Namun polis Miyagi Ahad lalu berkata pihaknya menganggarkan jumlah korban di bandar itu saja mencecah 10,000 orang.