Pages

3/14/11

pesawat enjin pop meletup.....

Korang tau antonov kan.... psawat terbesar didunia dengan 6 enjin. Ianya pesawat kargo yang dipaparkan didalam filem bullshit 2012. tetapi ni lagi dashyat...

Hari ni mari kita lihat pesawat Dornier Do 31, pesawat VTOL (terbang dan mendarat secara menegak) German dari zaman 60-an. Semasa zaman 60-an perang dingin semakin memuncak dengan pihak Barat dan Soviet sentiasa didalam keadaan bersiap sedia untuk perang nuklear. Menurut pakar ketenteraan jika berlaku perang nuklear sasaran awal yang bakal dimusnahkan ialah lapangan terbang. Dengan ketiadaan lapangan terbang tentera udara pihak musuh pasti dapat dilumpuhkan


Oleh sebab itu pesawat dengan kebolehan VTOL dimajukan dengan giat sekali. Selain Dornier Do31 pesawat lain yang dimajukan pada dekad ini ialah Harrier dan Yak 38. Beza Do 31 dengan 2 pesawat ini ialah Do 31 ialah sebuah pesawat kargo, bukan pejuang. Untuk membantu Do 31 terbang menegak ianya dilengkapi 10 enjin jet.

Dua darinya ialah enjin Rolls Royce Pegasus yang juga digunakan oleh pesawat Harrier. Seperti pada Harrier, enjin Pegasus Do 13 dilengkapi dengan sistem tujahan boleh laras (variable angle nozzle). Ketika terbang mendatar hanya 2 enjin pegasus akan dihidupkan. Ketika mendarat dan terbang mendatar barulah 8 lagi enjin kecil RB162-4D pada hujung sayap akan dihidupkan bagi memberi tujuhan menegak tambahan.


Dua prototaip Do 31 dibina bagi tujuan ujikaji prestasi kapabiliti pesawat. Pada tahun 1970 selapas 8 tahun projek dimulakan, program Do 31 ditamatkan. Sebab utamanya ialah prestasi pesawat yang kurang memberangsangkan disamping kos pembinaan yang mahal. Tambahan lagi di Jerman lebuh raya Autobahn telah dimajukan supaya boleh berfungsi sebagai lapangan terbang sementara diwaktu kecemasan. Pengubahsuaian Autobhan kepada lapangan terbang kecemasan tentera adalah lebih murah dari kos pembinaan Do 31! LOL

Walaupun ianya projek yang gagal aku still suka dengan Do 31. Ianya mungkin pesawat yang paling aneh didunia dengan jumlah enjin yang sungguh WTF. Kedua-dua protatip Do 31 masih wijud dan boleh dilihat di Museum Dornier di Friedrichshafen dan Deutsches Museum berhampiranMunich.

No comments:

Post a Comment