Pages

3/14/11

2,000 mayat ditemui di zon gempa di Miyagi


TOKYO: Pasukan mencari dan menyelamat hari ini menemui 2,000 mayat mangsa gmpa bumi dan tsunami di Wilayah Miyagi, lapor stesen televisyen awam NHK yang dipetik medua, hari ini. 

Kira-kira 1,000 mayat ditemui di sepanjang pantai di Semenanjung Ojika, kata laporan itu memetik pegawai polis.
Baki 1,000 mayat ditemui di Bandar Minamisanriku yang teruk musnah dalam kejadian gempa pada Jumaat lalu.
Polis Jepun petang ini mengeluarkan jumlah rasmi korban akibat bencana itu setakat ini ialah 1,647 orang. 

Namun polis Miyagi Ahad lalu berkata pihaknya menganggarkan jumlah korban di bandar itu saja mencecah 10,000 orang.

No comments:

Post a Comment