Pages

8/5/11

Tutorial buang linkwithin dalam frontpage blogspot








linkwithin
Widget LinkWithin sememangnya digemari oleh setiap blogger kerana ciri-ciri widget ini yang menampilkan related post bersama thumbnail lebih menarik perhatian pelawat blog. Di samping itu, penggunaan widget ini memang terbukti boleh meningkatkan pageview bagi sesebuah blog.
Untuk makluman, jika sesebuah blog itu meletak linkwithin dalam blog mereka, widget ini juga akan keluar pada muka hadapan blog. Keadaan ini boleh mengurangkan kekemasan blog anda. Jadi aku nak share kepada anda sebuah tutorial yang aku jumpa, bagaimana nak hilangkan widget linkwithin daripada muka hadapan blog.

Ikut langkah berikut untuk tutorial menghilangkan linkwithin dari muka hadapan blog:
1. Pastikan anda letak code bagi widget linkwithin dalam sebuah page element. Namakan page element tersebut sebagai ‘LinkWithin’.
2. Masuk ke blogger dashboard anda, klik pada layout > edit HTML > klik ‘expand widget’.
3. Sila cari code ‘LinkWithin’ dengan menekan CTRL+F pada keyboard anda.
4. Masukkan code yang berwarna hijau cerah ke dalam code template anda.
<b:includable>
<b:widget>
<b:widget id=’HTML6′ locked=’false’ title=’LinkWithin’>
<b:includable id=’main’>
<b:if cond=’data:blog.pageType == &quot;item&quot;‘>
<data:content/>
</b:if>
</b:includable>
</b:widget>
</b:section>
</div>
5. Save template anda.
Jika anda mempunyai masalah tentang tutorial ini, sila kemukakan pada bahagian komen dibawah. Diharap tutorial ini dapat membantu serba sedikit meningkatkan kekemasan blog anda.

No comments:

Post a Comment