Pages

3/15/11

Gas Reaktor Nuklear Meletup....


Foto
Ini mesti bahaya...dah la gas hydrogen.....
Gas hidrogen di reaktor nombor tiga loji nuklear Fukushima Daiichi meletup pagi semalam, menyebabkan 11 cedera, tetapi tidak membocorkan radiasi seperti dibimbangi pelbagai pihak.
Insiden pada jam 11.01 pagi di loji nuklear yang terletak 240 kilometer (km) di utara Tokyo itu, berlaku dua hari selepas letupan hidrogen di reaktor nombor satu di loji sama yang rosak selepas Jepun dilanda gempa bumi mega dan tsunami besar Jumaat lalu.
“Kami berpendapat kemungkinan kebocoran radiasi berada pada tahap rendah,” kata Ketua Setiausaha Kabinet, Yukio Edano pada sidang akhbar mengenai perkembangan terbaru di loji berusia 40 tahun itu.

Tokyo Electric Power Co. (TEPCO), pengendali loji berkenaan, dalam kenyataan berasingan berkata, tujuh pekerjanya dan empat anggota tentera di loji itu cedera dan dihantar ke hospital.

Berikutan itu, syarikat itu mengarahkan semua pekerja berlindung dalam bangunan pentadbiran selepas letupan, tetapi paras radiasi didapati rendah pada 20 micro sievert sejam pada 11.44 pagi.

Letupan itu berlaku selepas TEPCO mengemukakan laporan kepada kerajaan semalam bahawa tahap radiasi di loji terbabit meningkat di atas paras dibenarkan dan tekanan dalam bekas kalis radiasi reaktor nombor tiga juga sudah meningkat. 
Loji Fukushima itu ditutup sejak gempa bumi melanda timur laut dan timur Jepun minggu lalu tetapi beberapa sistem penyejukan reaktornya gagal berfungsi.

TEPCO sebelum ini mengepam air laut ke dalam reaktor, yang menyebabkan peningkatan tahap radiasi dan tekanan.

Perdana Menteri, Naoto Kan berkata, pihak terbabit berusaha keras menghentikan kemusnahan di loji nuklear itu daripada terus merebak. 

Kelmarin pihak berkuasa mengesahkan tiga reaktor nuklear di utara Tokyo berisiko menjadi terlalu panas dan mencetuskan kebimbangan kebocoran radiasi.

Jurutera bertungkus lumus menyejukkan teras reaktor yang musnah itu. Jika mereka gagal, bekas kalis radiasi di bahagian induk akan cair atau meletup, membebaskan bahan radiasi di udara.

Berikutan krisis nuklear itu, negara ketiga ekonomi terbesar dunia itu berhadapan dengan insiden terputusnya bekalan elektrik dan syarikat pengangkutan awam di Tokyo turut terhenti akibat tiada bekalan berkenaan.

Badan penyiar NHK memetik pegawai polis berkata, lebih 10,000 rakyat dikhuatiri mati di sepanjang pantai yang turut memusnahkan pekan di sekitarnya.

“Saya mahu percaya masih ada yang selamat,” kata Masaru Kudo, tentera yang dihantar ke Rikuzentakata.

Kyodo berkata, 80,000 orang sudah dipindahkan dari 20 kilometer di sekitar loji nuklear itu menyertai 450,000 lagi penduduk dipindahkan dari kawasan gempa bumi dan tsunami di timur laut Pulau Honshu itu.

Hampir 2 juta penduduk tiada bekalan elektrik pada masa sama cuaca terlalu sejuk di utara manakala kira-kira 1.4 juta penduduk tidak mempunyai air bersih. – Reuters

INFO: KESAN RADIASI NUKLEAR KEPADA MANUSIA

  • Pendedahan radiasi berukuran 100 Rems akan merosakkan sistem peredaran darah menyebabkan sel limfosit darah akan berkurangan. Simptom awal selesema. 
  • Pendedahan kepada radiasi berukuran 200 Rems ke atas menyebabkan keguguran rambut dengan cepat, kerosakan saluran usus yang mengakibatkan mual, muntah dan cirit-birit. Pada kekuatan ini, radiasi boleh menyebabkan kerosakan saluran peranakan.
  • Radiasi nuklear berukuran 1,000 hingga 5,000 Rems mengakibatkan kerosakan kepada pembuluh darah dan boleh menyebabkan jantung gagal berfungsi dan kematian.
  • Pendedahan langsung kepada radiasi berukuran lebih 5,000 Rems akan menyebabkan sel otak rosak, selain membunuh sel saraf dan merosakkan pembuluh darah dalam jantung.
  • Dalam jumlah tertentu, iodin radioaktif boleh merosakkan sebahagian atau seluruh bahagian kelenjar tiroid yang mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.
  • Menurut data kesan pengeboman bom atom di Nagasaki dan Hiroshima menunjukkan mangsa cuma bertahan selama 10 tahun dan berdepan risiko jangka panjang seperti leukemia dan barah limfoma.
  • No comments:

    Post a Comment