Pages

3/15/11

Mahkamah boleh arah Anwar beri sampel DNA


Tak hbs2.......inilah permainan politik....

Pihak pendakwa mohon untuk dibanding dengan 'Lelaki Y' 

Pihak pendakwaan semalam berhujah Mahkamah Tinggi boleh dan patut membenarkan permohonannya bagi dikeluarkan perintah supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sampel DNA beliau.
Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, berkata permohonan itu mungkin tidak pernah dibuat sebelum ini tetapi dibenarkan mengikut undang-undang, manakala Akta Keterangan 1950 memberikan kuasa kepada mahkamah untuk mengeluarkan perintah itu.
“Demi kepentingan keadilan untuk kedua-dua pihak, mahkamah patut memerintahkan Anwar memberikan sampel DNA beliau bagi membolehkan mahkamah mengetahui perkara sebenarnya,” katanya ketika mengemukakan hujah bagi dua permohonan. 

Permohonan pertama supaya memerintahkan Anwar memberikan sampel DNA untuk dianalisis manakala yang keduanya, untuk menyemak semula keputusan perbicaraan dalam perbicaraan menolak tiga barangan dan profil mengenainya dijadikan sebagai barang bukti. 

Pihak pendakwaan mahukan sampel daripada Anwar untuk dibandingkan dengan profil ‘Lelaki Y’ yang ditemui dalam dubur pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan. 

Pihak pendakwaan mengemukakan hujahnya – dan mahkamah bersetuju – bahawa sehelai tuala good morning, satu berus gigi dan satu botol air mineral yang diambil dari sel tempat Anwar ditahan semalaman pada 16 Julai, 2008 diperoleh menerusi cara yang tidak sah. 
Anwar, 63, dituduh meliwat Mohd Saiful, 25, bekas pembantu peribadinya, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008. 

Mengenai permohonan semakan semula itu, Mohamed Yusof dalam hujahnya berkata peguam Anwar, S N Nair dimaklumkan mengenai penahanan itu menerusi sepucuk surat dihantar menerusi faksimili ke pejabatnya sehari sebelum penahanan itu. 

Hujahnya, penahanan itu sekiranya dianggap sebagai tidak mematuhi undang-undang, tidak sewajarnya menyebabkan barang berkenaan ditolak daripada dijadikan barang bukti. 

Terdahulu, prosiding semalam hampir tertangguh apabila peguam Anwar, Karpal Singh memohon mahkamah menahan semua yang bertanggungjawab membocorkan dan menerbitkan hujahan Mohamed Yusof sebelum ia didengar di mahkamah. 

Hujahan itu telah diterbitkan oleh akhbar New Straits Times (NST) dan blog berita Malaysia Today. 

Karpal berkata, laporan itu boleh disifatkan sebagai menghina mahkamah. 
Mohamed Yusof berkata, beliau sendiri terkejut dengan laporan itu. 

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengingatkan semua pihak bahawa perbicaraan sedang berlangsung dan sesiapa yang melakukan perbuatan menghina mahkamah akan ‘berdepan tindakan’. 

Perbicaraan disambung hari ini dengan Karpal mengemukakan hujahan dua permohonan itu.

No comments:

Post a Comment