Pages

3/17/11

Kekal ciri rumah unik

MENARIK...Muhyiddin menunjukkan buku ‘From Alma Baker Mansion To Ombak’ sambil diperhatikan Ahmad Hisham.




Pemilik rumah atau bangunan yang mempunyai reka bentuk bersejarah digalak mendapatkan nasihat penjagaan serta mengekalkan ciri unik itu daripada Jabatan Warisan Negara (JWN).
Pesuruhjaya Warisan JWN, Prof Emeritus Datuk Zuraina Majid, berkata dalam tempoh lima tahun lalu, sebanyak 100 bangunan, rumah dan bilik dikategorikan mempunyai warisan bernilai kepada masyarakat.

“Sehubungan itu, kami amat menggalakkan orang ramai mempunyai kediaman yang masih mengekalkan reka bentuk sejarah mendapatkan nasihat kami.

“Perkara sedemikian amat berguna kepada generasi akan datang yang mahu melihat identiti warisan kita,” katanya yang ditemui selepas majlis pelancaran buku ‘From Alma Baker Mansion To Ombak’ di sini, semalam.

Pelancaran buku itu disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Hadir sama, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Malaysia, Brian Smythe dan penulis buku itu, Datuk Ahmad Hisham Kamaruddin.

Zuraina berkata, pihaknya amat gembira dengan inisiatif diambil Ahmad Hisham yang membeli banglo Alma Baker yang dibina di Batu Gajah, Perak pada 1894 dan memindahkannya ke Setiu, Terengganu selain mengekalkan ciri kolonial itu.



“Ini usaha baik bagi menjaga warisan kita supaya tidak tenggelam oleh masa,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin dalam ucapannya berkata, buku yang diterbitkan JWN memberi pengetahuan mengenai penjagaan warisan di Malaysia.

No comments:

Post a Comment