Pages

3/17/11

Misbun terus jadi tandatanya

pix_middle



KETIKA anak didiknya, Datuk Lee Chong Wei seharusnya dibantu untuk terus kekal di kemuncak terutamanya selepas mengalahkan seteru utama, Lin Dan dengan bergaya untuk mempertahankan kejuaraan perseorangan pada kejohanan berprestij Seluruh England pada Isnin lalu, Datuk Misbun Sidek masih memilih untuk terus membisu.
Tiada sebarang maklum balas diterima Persatuan Badminton Malaysia (BAM) daripada bekas jurulatih perseorangan negara itu walaupun Chong Wei jelas masih mahukan bimbingannya untuk terus mendominasi di peringkat antarabangsa.
Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai ketika dihubungi mengesahkan bekas legenda badminton negara itu terus mendiamkan diri tanpa menghubungi pihak persatuan mahupun presiden badan induk badminton negara, Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh yang sebelum ini diberikan mandat menyelesaikan perkara itu.

“Tiada perkembangan terbaru. Jika beliau datang (kembali menjadi jurulatih negara) ia satu perkara bagus namun jika sebaliknya tiada apa boleh kami lakukan,” katanya.

p/s: saya harap Misbun Sidek dpt kembali ke BAM...kerana andalah Lee Chong Wei Pemain Badminton No 1 dunia....

No comments:

Post a Comment