Pages

3/16/11

Permohonan sampel DNA Anwar Isnin

Hujahan balas pembelaan berhubung permohonan pendakwaan bagi mendapatkan perintah mahkamah mengarahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel DNA beliau, ditangguhkan kepada Isnin depan. 

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan tarikh itu selepas peguam SN Nair yang mewakili Anwar memohon penangguhan kerana adik lelaki peguam Karpal Singh meninggal dunia malam kelmarin.
Nair berkata, pihak pembelaan memerlukan masa kerana Karpal perlu berada di Pulau Pinang untuk menguruskan pengebumian adiknya, Balwinder Singh yang bertugas sebagai jurubahasa di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.
Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden berkata, pihak pendakwaan tidak membantah permohonan penangguhan itu. 

Pendakwaan memohon mahkamah memerintahkan Anwar menyerahkan sampel DNA beliau untuk dianalisis supaya dapat dibandingkan dengan profil DNA ‘Lelaki Y’ ditemui dalam dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan. 

Ia juga meminta mahkamah menyemak semula keputusannya melalui bicara dalam perbicaraan yang menolak berus gigi, tuala ‘Good Morning’ dan botol air mineral jenama ‘Cactus’ daripada diterima sebagai barang bukti. 

Barangan berkenaan diambil daripada bilik Lokap Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur yang menempatkan Anwar pada jam 11.05 malam 16 Julai 2008 sehingga 9.30 pagi keesokannya.

No comments:

Post a Comment